Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Darurat kesihatan global COVID sudah tamat namun risiko masih ada, kata pegawai kesihatan China

Anggaran Waktu Membaca:
Darurat kesihatan global COVID sudah tamat namun risiko masih ada, kata pegawai kesihatan China

Orang ramai beratur panjang di pusat ujian asid nukleik yang masih dibuka di Beijing pada 3 Disember 2022. (Gambar: Jade Gao/AFP)

SHENZHEN: Meskipun Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengisytiharkan COVID-19 bukan lagi darurat kesihatan global, virus itu masih berbahaya dan China akan terus memantaunya sambil meningkatkan vaksinasi dalam golongan berisiko tinggi, kata seorang pegawai kesihatan tertinggi China.

WHO menamatkan status amaran tertingginya bagi COVID pada Jumaat (5 Mei), lebih tiga tahun selepas ia dikategorikan sebagai kecemasan kesihatan global.

Menurutnya negara-negara kini harus menguruskan virus itu seperti penyakit berjangkit lain.

Ketua panel pakar tindak balas COVID China, Liang Wiannian berkata dengan tamatnya status amaran itu tidak bermakna COVID akan lenyap, namun kesannya boleh dikawal dengan lebih berkesan.

Beliau yang bertugas di bawah Suruhanjaya Kesihatan Negara, berkata demikian dalam satu temu bual dengan media negara CCTV yang diterbitkan pada Sabtu (6 Mei).

China tambah beliau akan terus memantau mutasi virus tersebut, mengukuhkan vaksinasi dalam kalangan kumpulan berisiko tinggi dan utama, serta berusaha untuk memperbaiki keupayaan rawatan COVID.

Pada Februari, pemimpin tertinggi China mengisytiharkan "kemenangan besar" terhadap COVID dan mendakwa ia mempunyai kadar kematian terendah di dunia.

Namun, pakar kesihatan mempersoalkan data milik Beijing.

 
Sumber : Reuters/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan