Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dari didakwa hingga rayuan terakhir: Garis masa kes rasuah Najib Razak

Anggaran Waktu Membaca:
Dari didakwa hingga rayuan terakhir: Garis masa kes rasuah Najib Razak

Istana Kehakiman di mana Mahkamah Persekutuan Malaysia ditempatkan. (Gambar: CNA/Vincent Tan)

Diterbitkan : 18 Aug 2022 06:25PM Dikemas Kini : 18 Aug 2022 06:26PM
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan pada Khamis (18 Ogos) memulakan pendengaran rayuan terakhir terhadap keputusan bersalah Najib Razak berhubung kes rasuah berkaitan dengan 1Malaysia Development Bhd (IMDB).

Mahkamah meneruskan prosiding itu selepas permohonan peguam Hisyam Teh Poh Teik untuk menarik diri daripada mewakili bekas perdana menteri itu.
Mahkamah menetapkan prosiding selama sembilan hari dari 15 Ogos untuk rayuan terakhir Encik Najib bagi kes berhubung sabitan terhadap kes penyelewengan dana RM42 juta (S$13 juta) milik SRC International Sdn Bhd, bekas subsidiari IMDB.

Pasukan pembela Encik Najib memfailkan rayuan terakhir, berikutan keputusan Mahkamah Rayuan pada Dis lalu untuk mengekalkan sabitan Mahkamah Tinggi pada Julai sebelum ini. Mahkmah Tinggi mendapati beliau bersalah atas tujuh tuduhan pecah amanah jenayah,pengubahan wang haram dan menyalah guna kuasa.

Encik Najib dikenakan hukuman penjara 12 tahun, serta denda RM210 juta (S$64.6 juta).

Selain kes berkenaan, bekas perdana menteri itu juga sedang berdepan dengan beberapa tuduhan lain di mahkamah berkaitan dengan 1MDB.

Perkembangan kes Encik Najib boleh dikatakan dalam fasa terakhir kes yang berlarutan lebih empat tahun.

Berikut ialah kronologi kes itu sejauh ini:

PROSIDING DIMULAKAN

4 Julai 2018: Encik Najib pertama kali hadir di Mahkamah Sesyen untuk didakwa dengan tiga tuduhan pecah amanah jenayah dan satu tuduhan salah guna kuasa.

8 Ogos 2018: Kes itu kemudian dirujukkan ke Mahkamah Tinggi di mana beliau dikenakan tiga lagi tuduhan.

3 April 2019: Perbicaraan bermula selepas Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali menolak permohonan Encik Najib untuk mengisytiharkan tujuh dakwaan ke atasnya sebagai rosak atau mempunyai kelemahan.

3 Disember 2019: Encik Najib memasuki kandang saksi Mahkamah Tinggi selepas diperintah mengemukakan pembelaannya.

11 Mac 2020: Perbicaraan itu berakhir selepas 19 saksi memberikan keterangan selama 33 hari.

HUKUMAN DIJATUHKAN DAN RAYUAN

28 Julai 2020: Mahkamah Tinggi menjatuhi hukuman penjara selama 12 tahun dan denda RM210 juta (S$64.9 juta) ke atas Encik Najib yang didapati bersalah bagi kesemua tujuh tuduhan.

19 Oktober 2020: Beliau kemudian memfailkan petisyen rayuan dan sesi rayuan itu dijadualkan pada 5 April 2021 di Mahkamah Rayuan.

19 Oktober 2020: Mahkamah Rayuan selesai mengadakan sesi rayuan setelah mendengar hujahan dari kedua-dua pihak pembela dan pendakwa.

23 Nov 2021: Mahkamah Rayuan menetapkan 8 Disember sebagai tarikh akhir bagi keputusan atas rayuan Encik Najib.

Encik Najib bagaimanapun memohon untuk menangguhkan tarikh itu dengan alasan perlu menjalani kuarantin kendiri.

2 Disember 2021:Permohonan Encik Najib untuk mengemukakan bukti baru diitolak pada hari yang sama.

MAHKAMAH RAYUAN KEKALKAN SABITAN

9 Mei 2022: Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 hari pada bulan ini untuk mendengar rayuan terakhir Encik Najib terhadap hukuman penjaranya.

21 Julai 2022: Mahkamah Tinggi menolak permohonan agar Peguam Diraja (Queen Counsel) dari United Kingdom (UK), Jonathan James Laidlaw ditolak.

25 Julai 2022: Encik Najib secara tiba-tiba membuang seluruh barisan peguamnya termasuk Muhammad Shafee daripada mewakilinya.

RAYUAN TERAKHIR DI MAHKAMAH PERSEKUTUAN

26 Julai 2022: Barisan peguam yang baru Encik Najib diumumkan, diketuai Encik Hisham Teh.

29 Julai 2022: Mahkamah memutuskan untuk teruskan dengan rayuan yang dijadualkan pada 15 Ogos meski terdapat permintaan daripada peguam baru Najib untuk menangguhkan prosiding supaya mereka mempunyai masa lebih untuk persiapan bagi kes tersebut.

16 Ogos 2022: Mahkamah menolak permohonan untuk mengemukakan bukti baru dalam rayuan terakhir. Panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat juga menolak permintaan penangguhan kes itu selama tiga hingga empat bulan.
18 Ogos 2022: Mahkamah menolak permohonan peguam Hisyam Teh Poh Teik untuk menarik diri daripada mewakili Najib kerana gagal memberikan sebab yang mencukupi.
Sumber : CNA/IA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan