DAP terima haluan UMNO, perjuangan orang Melayu
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Bernama)
JOHOR BAHRU: Parti DAP sudah berubah, terbuka dan menerima cita rasa serta haluan UMNO yang mendukung perjuangan orang Melayu, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO Saarani Mohamad.
Encik Saarani yang juga Pengerusi UMNO Perak berkata titik perubahan DAP itu bermula sebelum pembentukan Kerajaan Perpaduan, dengan menyatakan persetujuan mereka tidak mengungkit soal hak-hak keistimewaan orang Melayu, kedudukan agama Islam dan bahasa Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Encik Saarani yang juga Menteri Besar Perak berkata perkara itu telah dibincangkan dan dipersetujui DAP, malah kepimpinan parti itu sendiri secara terbuka mengakui hal tersebut termasuk dalam siri ceramah kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini.
“Yang menghantui hubungan UMNO-DAP selama ini adalah dahulunya (ketika penubuhan) DAP ini dikatakan parti yang tak mesra dengan perjuangan dan hak orang Melayu.
“Namun, sebelum terbentuknya Kerajaan Perpaduan, DAP sudah menyatakan persetujuan tidak lagi mengungkit perkara berkaitan hak orang Melayu, agama Islam dan mereka akur dengan Perlembagaan Persekutuan, itu sudah cukup menunjukkan DAP dah berubah,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program bersama jentera UMNO di Pulai, semalam sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai sebagai mengulas kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Nur Jazlan Mohamed yang berpandangan DAP mesti mengubah dasar parti itu agar menjadi parti lebih sederhana untuk mendapat sokongan orang Melayu.
Encik Saarani turut yakin dengan keserasian dan perpaduan antara DAP dengan semua parti dalam Kerajaan Perpaduan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 nanti.
“Misalnya dalam PRU16 nanti, DAP semestinya tidak bertanding di kawasan UMNO dan begitu juga sebaliknya, jadi pengagihan kerusi lebih mudah.
“Tetapi kalau (bekerjasama) dengan PAS dan Bersatu, pasti mereka akan berebut kawasan dengan UMNO…kita masuk (bekerjasama sebelum ini) dengan PAS dan Bersatu hanya untuk ‘dibunuh’,” katanya.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.