Skip to main content

Dunia

DAP serah keputusan kekal dalam Kerajaan Perpaduan kepada perwakilan

Anggaran Waktu Membaca:
DAP serah keputusan kekal dalam Kerajaan Perpaduan kepada perwakilan

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke ketika menyampaikan ucapan dasar di Persidangan Kebangsaan DAP 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Ahad 16 Ogos 2026. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 16 Aug 2026 12:52PM
  • DAP akan menentukan sama ada kekal dalam Kerajaan Perpaduan melalui keputusan kolektif perwakilan pada Persidangan Kebangsaan di Putrajaya.
  • Anthony Loke menegaskan keputusan penting ini tidak boleh dibuat hanya oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC), tetapi perlu melibatkan lebih 4,000 perwakilan.
  • Pemimpin DAP seperti Lim Guan Eng, Tan Kok Wai, Gobind Singh Deo dan Nga Kor Ming turut hadir memberi sokongan dalam persidangan tersebut.
  • Keputusan ini penting kerana melibatkan masa depan parti sama ada terus bersama kerajaan atau menjadi kumpulan pendesak.
Dijana oleh AI
PUTRAJAYA: Keputusan sama ada kekal atau tidak dalam Kerajaan Perpaduan akan dibuat secara kolektif oleh perwakilan di Persidangan Kebangsaan Parti Tindakan Demokratik (DAP) pada Ahad (16 Ogos), kata Setiausaha Agung DAP Anthony Loke.

Encik Loke yang juga Menteri Pengangkutan berkata keputusan besar berkenaan wajar dibuat secara kolektif oleh lebih 4,000 perwakilan yang hadir dan bukannya diputuskan oleh 40 Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) sahaja.

“Kita telah berbincang dalam CEC dan diputuskan supaya kita serahkan kepada para perwakilan untuk menentukan sama ada parti terus berada dalam Kerajaan Persekutuan atau tidak. (Justeru), para perwakilan kena buat satu keputusan kolektif untuk parti.

“Sebagai parti yang berada dalam kerajaan, sudah tentu ada kekangan dan kelemahan tertentu yang perlu ditanggung secara bersama. Oleh itu, pimpinan menyerahkan kepada para perwakilan untuk menilai sama ada kekal dalam kerajaan sehingga tamat tempoh atau memainkan peranan sebagai 'pressure group'," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar di Persidangan Kebangsaan DAP 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Ahad.

Yang turut hadir, Penasihat DAP Lim Guan Eng dan Tan Kok Wai, Pengerusi Kebangsaan DAP Gobind Singh Deo, Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP Nga Kor Ming serta seluruh pimpinan DAP.
Sumber : Bernama/LL/ll
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita