DAP, Amanah gesa Dr Mahathir, Anwar dan Warisan cari titik persamaan selesai isu calon PM M'sia
Komponen Pakatan Harapan (PH) Amanah dan DAP berharap mantan Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad, Presiden PKR Seri Anwar Ibrahim dan Parti Warisan Sabah (Warisan) dapat mencari titik persamaan dalam menyelesaikan isu pemilihan calon perdana menteri.

(Gambar: Agensi berita)
KUALA LUMPUR: Komponen Pakatan Harapan (PH) Amanah dan DAP berharap mantan Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad, Presiden PKR Seri Anwar Ibrahim dan Parti Warisan Sabah (Warisan) dapat mencari titik persamaan dalam menyelesaikan isu pemilihan calon perdana menteri.
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam satu kenyataan bersama pada Isnin (22 Jun) berkata DAP dan Amanah berusaha keras sepanjang tiga bulan lalu untuk mencari titik persamaan yang dapat diterima semua pihak dalam pakatan namun usaha itu masih belum berjaya.
“Kami berharap PKR (komponen lain dalam PH) dan Tun (Dr Mahathir), bersama-sama Warisan tidak akan semakin menjauh bahkan terus merapat dan bersatu padu,” katanya.
Tindakan demikian akan membolehkan mereka memperoleh kembali mandat yang diberikan oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata mereka.
Kemelut memilih calon perdana menteri PH tercetus apabila parti komponen gabungan itu dilihat seakan-akan tidak mencapai konsensus dalam menentukan calon perdana menteri sekiranya membentuk kerajaan.
Dr Mahathir, yang merupakan Pengerusi PH, meletak jawatan sebagai perdana menteri ketujuh Malaysia pada Februari. PH mengambil alih Putrajaya setelah memenangi PRU14 pada Mei 2018.
Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin kemudiannya menjalin kerjasama dengan Barisan Nasional yang diterajui UMNO, PAS dan beberapa parti lain untuk membentuk kerajaan baharu yang dikenali sebagai Perikatan Nasional.
Encik Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kelapan Malaysia pada 1 Mac lalu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.