Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

DAP alu-alukan kerjasama BN dengan PH jelang PRU16

Anggaran Waktu Membaca:
DAP alu-alukan kerjasama BN dengan PH jelang PRU16

(Gambar fail: Manan VATSYAYANA/AFP)

SEREMBAN: Parti Tindakan Demokratik (DAP) mengalu-alukan kesediaan Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi memperkukuhkan Kerajaan Perpaduan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata ia menunjukkan komitmen tinggi Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi untuk memastikan kestabilan politik dan menjamin kemakmuran Malaysia.

“Perbincangan selalu ada tetapi belum ada perbincangan rasmi, kita mengalu-alukan kenyataan disampaikan, ini menunjukkan komitmen Ahmad Zahid bersama pimpinan BN untuk memperkukuh Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan wang ihsan mangsa banjir di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan di Seremban pada Sabtu (6 Jul).

Encik Loke yang juga Menteri Pengangkutan Malaysia berkata, pendirian Encik Ahmad Zahid menunjukkan semangat setia kawan yang tinggi dalam kerajaan hari ini dan berharap kerjasama itu berterusan dengan baik tanpa timbul syak wasangka.

“Kerjasama PH-BN dalam beberapa siri Pilihan Raya Kecil (PRK) menunjukkan satu persefahaman yang baik, itu cukup membuktikan bahawa Kerajaan Perpaduan hari ini memang teguh,” katanya.

Encik Ahmad Zahid sebelum ini dilaporkan berkata BN akan terus bekerjasama dengan PH bagi menghadapi PRU16, namun BN dan PH akan bertanding menggunakan lambang sendiri pada pilihan raya itu nanti.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan