Dana tambahan bagi lindungi Terumbu Karang Besar Australia dikritik
CANBERRA: Keputusan Perdana Menteri Australia Scott Morrison hendak menyalurkan AUD1 bilion (S$946,788,414) untuk melindungi Terumbu Karang Besar atau Great Barrier Reef negara itu mendapat tentangan.
Dana tersebut adalah tambahan kepada AUD2 bilion(S$1,893,576,828) yang sudahpun diikrarkan untuk pelan kemampanan negara itu.
Terumbu karang itu merupakan daya tarikan semula jadi yang terkenal.
Namun ia digunakan sesetengah pihak untuk mengkritik pendirian pemerintah Australia menyokong penggunaan bahan pembakar fosil.
Pihak pembangkang berkata tambahan dana untuk melindungi terumbu karang itu merupakan pengakuan tentang kegagalan kerajaan.
Ia juga, tambahnya, sengaja diumumkan menjelang pilihan raya umum Australia dalam masa beberapa bulan lagi.
Great Barrier Reef sedang mengalami masalah pelunturan warna yang teruk dalam tahun 2016, 2017 dan 2020.
Ia menjejas banyak batu karangnya.
Sehingga sekarang daya tarikan alam itu masih dalam risiko tinggi akan musnah berikutan perubahan iklim.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.