Dana susut, jutaan rakyat Afghanistan perlu bantuan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: Reuters)
KABUL: Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) di Afghanistan melaporkan bahawa 21.9 juta rakyat Afghanistan memerlukan bantuan kemanusiaan dalam pelbagai sektor bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini, menurut media tempatan TOLOnews pada Ahad (24 Mei), lapor Xinhua.
Menurut laporan itu, walaupun badan berkenaan merancang untuk menyalurkan bantuan kepada 17.5 juta penduduk, ia hanya berjaya mencapai 4.7 juta individu, iaitu kira-kira 27 peratus daripada kumpulan sasaran.
Agensi itu memaklumkan sebanyak US$1.7 bilion (S$2.18 bilion) diperlukan bagi memenuhi keperluan kemanusiaan di seluruh negara. Namun, setakat ini, hanya US$195 juta (S$249.68 juta) atau kira-kira 11 peratus daripada dana yang diperlukan, berjaya diperoleh.
Laporan itu turut menyatakan bahawa kanak-kanak merangkumi 49 peratus penerima bantuan, manakala wanita mewakili 30 peratus dan lelaki membentuk baki 21 peratus.
Kekurangan dana terus menjadi cabaran besar kepada operasi kemanusiaan, sekali gus mengehadkan usaha membantu jutaan penduduk rentan di seluruh Afghanistan.

Sumber : Bernama/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.