Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dalang 9/11 gagal buat dunia terus hidup ketakutan: PM Johnson

Perdana Menteri Britain Boris Johnson berkata dalang serangan 9/11 gagal membuat dunia terus hidup dalam ketakutan. Serangan 20 tahun lalu itu meragut nyawa 67 warga Britain.

Anggaran Waktu Membaca:
Dalang 9/11 gagal buat dunia terus hidup ketakutan: PM Johnson

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson. (Gambar: AP)

Diterbitkan : 11 Sep 2021 09:57PM Dikemas Kini : 11 Sep 2021 10:02PM

LONDON: Perdana Menteri Britain Boris Johnson berkata dalang serangan 9/11 gagal membuat dunia terus hidup dalam ketakutan.

Serangan 20 tahun lalu itu meragut nyawa 67 warga Britain.

Video mesej Encik Johnson membidas pengganas akan ditayangkan di satu upacara peringatan di Taman Olimpik London.

Sebuah tugu diperbuat daripada besi menara kembar yang runtuh juga akan dipamerkan.

Encik Johnson merupakan anak kelahiran bandar New York.

"Walaupun para pengganas meletakkan beban rasa kesedihan dan penderitaan dan ancaman itu kekal hari ini, kita kini boleh mengatakan daripada perspektif 20 tahun bahawa mereka gagal menjejas kepercayaan kita terhadap kebebasan dan demokrasi," kata Encik Johnson.

"Mereka gagal memecahbelahkan negara-negara kita atau menyebabkan kita mengabaikan nilai-nilai kita atau terus hidup dalam ketakutan."

Sumber : Agensi berita/RU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan