Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dalai Lama dibenar keluar hospital

Dalai Lama dibenarkan keluar dari sebuah hospital di New Delhi hari ini (12 Apr), tiga hari selepas beliau menerima rawatan akibat "batuk ringan". Ini menurut jurucakap peribadinya, Tenzin Taklha.

Anggaran Waktu Membaca:
Dalai Lama dibenar keluar hospital

Dalai Lama dibenarkan keluar dari hospital selepas menerima rawatan akibat "batuk ringan". (Gambar: Eric Feferberg/AFP)

Diterbitkan : 12 Apr 2019 03:23PM Dikemas Kini : 12 Apr 2019 03:26PM

NEW DELHI: Dalai Lama dibenarkan keluar dari sebuah hospital di New Delhi hari ini (12 Apr), tiga hari selepas beliau menerima rawatan akibat "batuk ringan". Ini menurut jurucakap peribadinya, Tenzin Taklha.

"Beliau dibenarkan keluar dari hospital pada pukul 8.00 pagi," kata Encik Taklha kepada agensi berita AFP. "Beliau kini dalam keadaan baik."

Sami Buddha berusia 83 tahun, yang juga pemimpin kerohanian Tibet, itu dimasukkan ke hospital Max di ibu kota India pada Selasa (9 Apr).

Pada Khamis (11 Apr), Encik Taklha berkata penerima Hadiah Nobel Keamanan itu sudah kembali melakukan senaman dan "rutin hariannya".

Dalai Lama dijangka kembali ke kawasan pergunungan di utara India, Dharamsala hari ini (12 Apr), di mana beliau menetap selama enam dekad bersama beribu-ribu yang lain setelah dibuang negeri.

Dalai Lama melarikan diri dari ibu kota Tibet, Lhasa, pada 1959 dan merentas banjaran sejuk Himalaya untuk ke India ketika berusia 23 tahun dengan menyamar sebagai seorang askar.

Sumber : AFP/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan