Dakwaan Presiden PAS Abdul Hadi Awang bakal dilantik sebagai PM M'sia palsu
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Takiyuddin Haji Hassan/Facebook)
KUALA LUMPUR: Kenyataan media yang mendakwa Presiden PAS Abdul Hadi Awang akan dilantik sebagai Perdana Menteri ke-11 adalah palsu, kata Setiausaha Agungnya Takiyuddin Hassan.
Encik Takiyuddin dalam satu kenyataan, menjelaskan dakwaan media yang tular itu tiada kaitan dengan mana-mana pihak yang disebutkan, lapor Astro AWANI.
"Kenyataan Media bertajuk ‘Sokongan Terhadap YB Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Ahli Parlimen Marang Sebagai Perdana Menteri Malaysia’ yang sedang tular pada masa ini adalah palsu dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak yang disebutkan," katanya.
Kenyataan media yang tular itu menyebut Encik Abdul Hadi mendapat sokongan 115 Ahli Parlimen untuk dilantik sebagai perdana menteri.
Selain itu, kenyataan itu juga menyatakan Encik Abdul Hadi diperkenankan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong pada 5 Mei bagi mempersembahkan surat akuan bersumpah daripada 115 Ahli Parlimen.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kini berada di London untuk menghadiri istiadat kemahkotaan Raja Charles III di Westminster Abbey pada Sabtu (6 Mei).

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.