Dakwaan parti PAS diajak sertai Kerajaan Perpaduan di luar pengetahuan saya, kata Ahmad Zahid
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Bernama
BAGAN DATUK: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak tahu mengenai dakwaan terdapat individu daripada Kerajaan Perpaduan mengajak parti PAS untuk menyertai kerajaan itu.
Encik Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri berkata tiada siapa pun yang ingin membuat tawaran berkenaan setakat dalam pengetahuannya.
“Di luar pengetahuan saya. Saya rasa eloklah mereka (PAS) berkawan terus dengan Bersatu, jangan perasan ada siapa nak tawarkan dia (masuk Kerajaan Perpaduan),” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutupan Karnival Kerjaya MYFutureJobs dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) 2023 Negeri Perak di Hutan Melintang, pada Ahad (28 Mei).
Beliau berkata demikian ketika ditanya berkenaan laporan media pada Sabtu (27 Mei) berhubung dakwaan Presiden PAS Abdul Hadi Awang bahawa beberapa individu menghubungi beliau mengajak mengadakan pertemuan untuk menawarkan PAS supaya menyertai Kerajaan Perpaduan.
Encik Abdul Hadi dilaporkan berkata ketika ini pihaknya terbuka dengan mana-mana tawaran oleh sesiapa pun tetapi tawaran berkenaan perlu tidak lari daripada prinsip, matlamat dan hala tuju PAS.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.