Dakwaan 'mafia korporat' ke atas Azam Baki: Tuntutan tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu berasaskan bukti kukuh
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Tuntutan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu Mafia Korporat melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki perlu berasaskan bukti kukuh dan bukan 'hearsay' atau dengar cakap.
Setiausaha Politik Menteri Kewangan Kamil Munim berkata tuntutan itu juga tidak wajar diasaskan kepada sangkaan atau innuendo semata-mata.
“Saya menghormati sebarang cadangan untuk menubuhkan RCI, dan pada prinsipnya bersetuju bahawa kebenaran mesti ditegakkan melalui proses yang telus serta berlandaskan undang-undang.
“Dalam sebuah negara yang menjunjung prinsip kedaulatan undang-undang, sebarang tindakan mesti berpaksikan fakta dan bukti sahih,” menurutnya dalam kenayataannya pada Rabu (25 Feb).
Beliau juga berkata negara sebelum ini pernah menyaksikan desakan serupa dalam isu pelantikan Ketua Hakim Negara yang akhirnya tidak terbukti sepertimana didakwa oleh sesetengah pihak, justeru masyarakat tidak harus terjebak dalam budaya politik pra-emptif yang berpanjangan sehingga mendahului proses sewajarnya.
Encik Kamil berkata proses sedia ada perlu dibenarkan berjalan sama ada melalui siasatan, siasatan atau jawatankuasa khas kerana mekanisme itu mempunyai keupayaan dan mandat untuk mengumpul keterangan secara menyeluruh serta membuat penilaian berdasarkan fakta.
Beliau berkata malah keputusan untuk mengadakan siasatan sudah dibuat sehari selepas laporan Bloomberg diterbitkan, menunjukkan kesediaan kerajaan menyiasat perkara itu secara terbuka dan bertanggungjawab.
“Matlamat utama kita ialah memastikan keadilan ditegakkan berasaskan fakta, bukan persepsi atau tekanan politik.
"Sekiranya bukti yang dikemukakan kelak menunjukkan keperluan kepada RCI, maka pertimbangan sewajarnya akan dibuat secara telus, bertanggungjawab dan berintegriti,” katanya.
Kerajaan sebelum ini mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Khas Siasatan berkaitan isu Mafia Korporat oleh Azam Baki yang dipengerusikan oleh Peguam Negara Mohd Dusuki Mokhtar.

Sumber : Bernama/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.