Skip to main content

Dunia

Dakwaan jatuhkan kerajaan Malaysia: AGC mahu siasatan bebas, tindakan tanpa kira kedudukan

Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini menegaskan bahawa siasatan berhubung dakwaan wujud cubaan menjatuhkan kerajaan serta mengganggu kestabilan negara perlu dilaksanakan secara menyeluruh, profesional dan bebas daripada sebarang campur tangan. 
Anggaran Waktu Membaca:
Dakwaan jatuhkan kerajaan Malaysia: AGC mahu siasatan bebas, tindakan tanpa kira kedudukan
AGC memaklumkan bahawa mana-mana pihak yang didapati terlibat, sekiranya ada, hendaklah dipertanggungjawabkan mengikut undang-undang yang berkuat kuasa tanpa mengira kedudukan atau latar belakang. (Gambar fail: Bernama)
Diterbitkan : 27 Feb 2026 10:06PM Dikemas Kini : 27 Feb 2026 10:29PM
  • Jabatan Peguam Negara (AGC) menegaskan siasatan terhadap dakwaan cubaan menjatuhkan kerajaan perlu dilakukan secara profesional dan bebas.
  • AGC menyatakan semua pihak yang terlibat akan dipertanggungjawabkan mengikut undang-undang tanpa mengira kedudukan.
  • Kerjasama penuh diberikan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memastikan proses perundangan selaras dengan Perlembagaan dan prinsip kedaulatan undang-undang.
  • Keputusan pendakwaan akan dibuat secara objektif berdasarkan fakta dan keterangan, merujuk kenyataan Ketua Polis Negara Mohd Khalid Ismail.
Dijana oleh AI
KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini menegaskan bahawa siasatan berhubung dakwaan wujud cubaan menjatuhkan kerajaan serta mengganggu kestabilan negara perlu dilaksanakan secara menyeluruh, profesional dan bebas daripada sebarang campur tangan. 

Dalam kenyataan hari ini, AGC memaklumkan bahawa mana-mana pihak yang didapati terlibat, sekiranya ada, hendaklah dipertanggungjawabkan mengikut undang-undang yang berkuat kuasa tanpa mengira kedudukan atau latar belakang. 

Menurut AGC, jabatan itu juga memandang serius isu berkenaan kerana sebarang tindakan atau perancangan berunsur menggugat ketenteraman awam, kestabilan politik dan keselamatan negara merupakan perkara yang menyentuh asas sistem demokrasi berparlimen serta prinsip kedaulatan undang-undang.

AGC turut menyatakan jabatan itu akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan proses perundangan sewajarnya dapat dilaksanakan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan prinsip kedaulatan undang-undang.

“Sebarang keputusan berhubung pendakwaan akan dibuat secara bebas dan objektif berdasarkan fakta, keterangan serta pertimbangan undang-undang,” menurut kenyataan itu. 

Pemakluman oleh AGC itu merujuk kepada kenyataan Ketua Polis Negara Mohd Khalid Ismail hari ini berhubung siasatan yang dijalankan PDRM terhadap dakwaan cubaan menjatuhkan kerajaan serta mengganggu kestabilan negara. 
Sumber : Bernama/KH/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita