Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dakwaan CEO Meta mengenai penapisan adalah 'palsu', dedah Rangkaian Pemeriksaan Fakta Antarabangsa

Anggaran Waktu Membaca:
Dakwaan CEO Meta mengenai penapisan adalah 'palsu', dedah Rangkaian Pemeriksaan Fakta Antarabangsa

(Gambar fail: ANDREW CABALLERO-REYNOLDS / AFP)

Diterbitkan : 10 Jan 2025 09:34PM Dikemas Kini : 10 Jan 2025 09:37PM
WASHINGTON: Dakwaan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Meta Mark Zuckerberg bahawa program semakan fakta di Facebook dan Instagram telah beralih ke arah penapisan adalah "palsu".

Demikian menurut Rangkaian Pemeriksaan Fakta Antarabangsa pada Khamis (9 Jan).

"Ini adalah palsu, dan kami ingin membetulkan kenyataan ini, baik untuk konteks hari ini dan untuk rekod sejarah," jelas rangkaian global pertubuhan pemeriksaan fakta, termasuk AFP, selepas Encik Zuckerberg mengumumkan bahawa program Meta di Amerika Syarikat ditamatkan.

Dalam mengumumkan usaha menarik balik dasar penyederhanaan kandungan Meta pada Selasa, Encik Zuckerberg berkata bahawa program tersebut telah membuat "terlalu banyak kesilapan dan terlalu banyak penapisan".

Walaupun keputusan Meta untuk menghentikan operasi semakan fakta hanya dilaksanakan di Amerika, Rangkaian Pemeriksaan Fakta Antarabangsa memberi amaran tentang kesan yang berpotensi membawa kerosakan sekiranya kumpulan itu menghentikan programnya di seluruh dunia yang meliputi lebih daripada 100 negara.

"Beberapa negara ini sangat terdedah kepada maklumat palsu yang mendorong ketidakstabilan politik, campur tangan dalam pilihan raya, keganasan oleh orang ramai dan bahkan pembunuhan beramai-ramai," menurut rangkaian itu.

"Jika Meta memutuskan untuk menghentikan program ini di seluruh dunia, hampir pasti ia akan menyebabkan kerosakan dunia nyata di banyak tempat," tambahnya.

AFP kini beroperasi dalam 26 bahasa dengan program pemeriksaan fakta Facebook, di mana Facebook membayar untuk menggunakan semakan fakta dari sekitar 80 pertubuhan di seluruh dunia di platformnya, WhatsApp, dan Instagram.

Dalam program tersebut, kandungan yang dinilai "palsu" akan diturunkan supaya tidak ramai orang yang akan melihatnya.

Malah jika seseorang cuba untuk berkongsi catatan itu, dia akan dipaparkan dengan artikel yang menjelaskan mengapa ia mengelirukan dan boleh memperdaya seseorang individu.
Sumber : AFP/IM/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan