AS dakwa rakyat China curi maklumat sulit syarikat tenaga
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat menyatakan semalam (21 Dis) bahawa seorang lelaki rakyat China ditangkap kerana mencuri maklumat sulit perdagangan daripada sebuah syarikat petrol yang berpangkalan di Amerika Syarikat, di mana dia adalah seorang kakitangan.
WASHINGTON: Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat menyatakan semalam (21 Dis) bahawa seorang lelaki rakyat China ditangkap kerana mencuri maklumat sulit perdagangan daripada sebuah syarikat petrol yang berpangkalan di Amerika Syarikat, di mana dia adalah seorang kakitangan.
Tan Hongjin, 35 tahun, ditangkap pada Khamis (20 Dis) di Oklahoma, di mana dia menetap sebagai seorang penduduk tetap negara itu.
Menurut Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, Tan mencuri maklumat-maklumat sulit perdagangan "berhubung sebuah produk bernilai lebih AS$1 bilion (S$1.37 bilion)."
Tan, yang sudah menetap di Amerika Syarikat selama 12 tahun dan memiliki ijazah PhD dari Institut Teknologi California, dipercayai memuat turun beratus-ratus fail syarikat tersebut. Ini termasuk fail-fail mengenai hak milik intelektual berhubung penghasilan "sebuah produk pasaran tenaga".
Jabatan itu menyatakan bahawa dia mencuri fail-fail tersebut untuk sebuah syarikat yang berpangkalan di China, yang menawarkan pekerjaan kepadanya.
Tan akan dihadapkan ke mahkamah pada Rabu (26 Dis), menurut jabatan tersebut.
Penangkapan itu dibuat di tengah-tengah tindakan keras oleh Amerika Syarikat terhadap penggodaman dan pencurian maklumat sulit dan data komersial yang disokong oleh pemerintah China.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.