Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dakwa Presiden Yoon cara terbaik pulih keadaan negara, kata ketua pembangkang

Anggaran Waktu Membaca:
Dakwa Presiden Yoon cara terbaik pulih keadaan negara, kata ketua pembangkang

(Gambar: AFP/ANTHONY WALLACE)

Diterbitkan : 13 Dec 2024 10:36AM Dikemas Kini : 13 Dec 2024 10:38AM
SEOUL: Ketua pembangkang Korea Selatan Lee Jae-myung pada Jumaat (13 Dis) berkata bahawa cara terbaik untuk memulihkan keamanan di negara itu adalah dengan mendakwa Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol, sehari sebelum undian parlimen berhubung undang-undang tentera yang diisytiharkan Encik Yoon.

Keputusan Encik Yoon untuk mengenakan undang-undang tentera pada 3 Disember dibatalkan dalam masa kurang enam jam, namun ia menjerumuskan negara ke dalam krisis perlembagaan dan gesaan meluas supaya beliau berundur kerana melanggar undang-undang.

Pada Khamis (12 Dis), Encik Yoon berikrar untuk "berjuang hingga ke saat akhir," dan menyalahkan pembangkang kerana melumpuhkan pemerintah, serta menuduh seorang warga Korea Utara menceroboh suruhanjaya pilihan raya, yang mengakibatkan partinya kalah teruk.
Encik Lee, pemimpin Parti Demokrat, menyifatkan kenyataan Encik Yoon sebagai "pengisytiharan perang" terhadap rakyat.

“Ia membuktikan bahawa pendakwaan adalah cara paling cepat dan berkesan untuk menamatkan kekeliruan,” katanya.

Encik Yoon terselamat daripada percubaan pertama untuk mendakwanya pada Sabtu (7 Dis) lalu, apabila kebanyakan anggota parti pemerintahnya, Parti Kuasa Rakyat (PPP) memboikot undian. Sejak itu, beberapa anggota menyokong undian untuk menuduhnya secara terbuka.

Parti pembangkang, yang mengawal parlimen satu dewan, memperkenalkan satu lagi rang undang-undang pemecatan dan merancang untuk mengadakan undian pada Sabtu (14 Dis).

Mereka memerlukan sekurang-kurangnya lapan anggota PPP untuk menyertai supaya dapat meluluskan rang undang-undang, dengan majoriti dua pertiga diperlukan.
Sumber : Reuters/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan