Dakwa dicabul Anwar, Yusoff Rawther dipanggil semula ke Bukit Aman
Muhammed Yusoff Rawther hari ini (10 Dis) hadir semula ke ibu pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman untuk memberi keterangan susulan dakwaan dirinya dicabul Presiden PKR Anwar Ibrahim.
(Gambar: Bernama)
KUALA LUMPUR: Muhammed Yusoff Rawther hari ini (10 Dis) hadir semula ke ibu pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman untuk memberi keterangan susulan dakwaan dirinya dicabul Presiden PKR Anwar Ibrahim.
Muhammed Yussof hadir pada kira-kira 12 tengah hari dan dilihat beredar menaiki sebuah kenderaan sekitar 3.30 petang.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang D5 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Mior Faridalathrash Wahid berkata lelaki itu dipanggil semula bagi membantu siasatan dan melengkapkan keterangan yang diambil semalam.
“Dia dipanggil semula kerana kami belum selesai merakam keterangannya. Setakat ini, kita hanya mengambil keterangan daripada Muhammed Yusoff,” katanya ketika dihubungi Bernama mengenai bekas kakitangan kepada pemimpin PKR itu.
Mior Faridalathrash berkata beberapa saksi termasuk ahli keluarga Mohammed Yusoff akan turut dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.
Muhammed Yusoff sebelum ini dilaporkan membuat perakuan bersumpah mengenai dakwaan cabul pada 2 Okt, 2018 itu. Encik Anwar menafikan tuduhan itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.