Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS dakwa 2 warga China lakukan godaman

Beijing menuduh Washington 'mengarang fakta' selepas Jabatan Kehakiman Amerika mendakwa dua penggodam komputer yang mempunyai kaitan dengan perkhidmatan keselamatan China.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 21 Dec 2018 06:10PM Dikemas Kini : 21 Dec 2018 10:51PM

WASHINGTON: Beijing menuduh Washington 'mengarang fakta' selepas Jabatan Kehakiman Amerika mendakwa dua penggodam komputer yang mempunyai kaitan dengan perkhidmatan keselamatan China.

Dua lelaki itu dituduh menggodam data syarikat-syarikat dan agensi lebih 10 buah negara. Amerika Syarikat bagaimanapun, masih belum menangkap mereka.

Washington menyatakan Zhu Hua dan Zhang Jianguo mula menggodam sistem komputer pada tahun 2006 untuk mencuri harta intelektual dan maklumat rahsia perniagaan bagi kepentingan ekonomi serta geopolitik China.

"Matlamat China adalah untuk menggantikan Amerika Syarikat sebagai kuasa besar dunia yang terkemuka dan mereka menggunakan kaedah yang menyalahi undang-undang untuk mencapainya," kata pengarah FBI Christopher Wray.

Jabatan Kehakiman Amerika menyatakan dua lelaki China itu anggota kumpulan penggodam APT 10 yang bersekutu dengan khidmat risik utama China.

Mereka didakwa mendapat sokongan Kementerian Keselamatan Negara China.

Kanada, Britain, Ausrtralia dan New Zealand juga menyatakan bahawa para penggodam itu turut menyerang beberapa agensi negara-negara berkenaan.

China menyangkalnya dan menyifatkan tuduhan itu sebagai fitnah.

Sumber : AFP/MU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan