Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Daiyan Trisha tegas tidak tumpang populariti Aedy Ashraf

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha menegaskan bahawa dia dan pelakon Aedy Ashraf hanya kawan biasa, Astro AWANI.

Ini selepas gambar mereka yang dimuat naik ke laman media sosial kelihatan mesra dan terlihat seperti pasangan yang sedang berbahagia.

Menurut Daiyan, Aedy seorang yang mesra dan tidak banyak karenah.

“Saya sudah lama mengenali Aedy beberapa tahun yang lalu tapi sekadar kawan sahaja.

“Saya juga tiada niat untuk mengambil kesempatan kononnya ingin menumpang populariti Aedy dengan bergambar bersama-sama.

“Saya juga sibuk dengan kerja, pelbagai tugas saya lakukan termasuklah kerja-kerja promosi di laman media sosial terutamanya Instagram,” katanya dalam majlis sidang media Top 5 Anugerah Indusri Muzik 23 (AIM23) di ibu kota, seperti dinukil Astro AWANI.

Dalam pada itu, Daiyan teruja diicalonkan sebagai 5 penyanyi terbaik di AIM23 bagi kategori Lagu Pop Terbaik menerusi lagu Penat yang dihasilkan bersama penyanyi rap Tuju.

“Alhamdulilah pencalonan ini satu di luar jangka kerana yang turut tercalon dalam kategori tersebut sangat bagus.

“Apa-apa saya serahkan kepada juri, jika menang ia adalah rezeki tetapi sudah tercalon Top 5 cukup bersyukur buat saya,” ujarnya, menurutnya lagi kepada Astro AWANI.
Sumber : Agensi berita/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan