Skip to main content

Dunia

Daim Zainuddin didakwa di mahkamah 29 Jan

Anggaran Waktu Membaca:
Daim Zainuddin didakwa di mahkamah 29 Jan

Mantan Menteri Kewangan Malaysia Daim Zainuddin. (Gambar fail: AFP/Andy Wong)

Diterbitkan : 27 Jan 2024 10:15AM Dikemas Kini : 27 Jan 2024 01:45PM
KUALA LUMPUR: Mantan menteri kewangan Malaysia Daim Zainuddin akan didakwa di mahkamah pada Isnin (29 Jan).

Jutawan berusia 85 tahun itu mengesahkan perkara tersebut dalam satu kenyataan ringkas yang dikeluarkan peguamnya, Rajesh Nagarajan, lapor Malaysiakini.

“Semalam pegawai SPRM mencatat kenyataan daripada saya.

"Peguam saya telah dimaklumkan bahawa saya akan didakwa pada Isnin (29 Jan) atas kesalahan di bawah Seksyen 36 (2) Akta SPRM 2009, yang merupakan kesalahan yang berkaitan dengan pendedahan aset," kata Encik Daim.

"Jadi begitulah. Saya menantikan hari saya di mahkamah," tambahnya.

Pada Khamis (25 jan), Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan Encik Daim akan didakwa minggu depan, selepas keluar dari hospital akibat penyakit yang tidak didedahkan.

Sebelum ini dilaporkan Encik Daim dijangka menghadapi sekurang-kurangnya satu pertuduhan kerana gagal mengisytiharkan hartanah yang beliau dan isterinya mempunyai kepentingan.

Pada Selasa (23 Jan), isteri Encik Daim, Na’imah Abdul Khalid, didakwa di mahkamah kerana gagal mematuhi notis SPRM untuk mengisytiharkan harta.

Pada Jumaat (26 Jan), Malaysiakini melaporkan Encik Daim dan Cik Na'imah menamatkan perkhidmatan dua peguam yang mewakili mereka kerana "perbezaan pendapat" dalam mengendalikan kes itu.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita