Daim Zainuddin buta sebelah mata, diserang angin ahmar, kata peguam
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Facebook/Bernama)
KUALA LUMPUR: Peguam bagi pihak Daim Zainuddin memberitahu Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pada Isnin (29 Jan) bahawa mantan Menteri Kewangan Malaysia itu bukan sahaja buta sebelah mata, malah diserang penyakit angin ahmar, beberapa tahun lalu.
Peguam, M Puravalen berkata, Encik Daim, 86 tahun, mengalami masalah kesihatan yang kronik apabila mata kirinya dijangkiti kuman sehingga menyebabkan ia terpaksa dikeluarkan, lapor Sinar Harian.
Ketika prosiding mitigasi untuk mengurangkan jumlah ikat jamin di hadapan Hakim, Azura Alwi, peguam itu berkata, mantan pemimpin UMNO berkenaan turut mengalami masalah pertuturan kerana angin ahmar ringan.
“Yang Arif boleh lihat sendiri keadaannya, beliau terpaksa dipapah bahkan hadir ke mahkamah dengan berkerusi roda.
“Daim merupakan seorang pesakit buah pinggang dan kini hanya terperuk di rumah,” kata peguam itu selepas pihak pendakwaan mencadangkan Encik Daim melaporkan diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya sekali setiap bulan.
Mengenangkan tahap kesihatan itu, Encik Puravalen turut membantah syarat tambahan menyegerakan pasport kepada mahkamah sehingga kes itu selesai.
Dia berkata, agak mustahil bagi anak guamnya menggunakan pasport untuk melakukan perjalanan yang jauh.
Pada Isnin, Encik Daim, 86 tahun, didakwa sengaja memberikan satu pernyataan bertulis secara bersumpah yang tidak mematuhi terma notis bawah Seksyen 36(1)(a) Akta SPRM 2009 bertarikh 8 November 2023.
Notis itu dihantar kepada tertuduh oleh seorang Pesuruhjaya SPRM pada 14 November tahun sama, iaitu dengan tidak mengisytiharkan harta-harta di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, pada 13 Disember 2023.
Menurut laporan Sinar Harian, harta itu membabitkan aset antaranya akaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASB), tujuh kenderaan seperti Jaguar serta Rolls Royce, 38 syarikat dan 25 hartanah/ tanah di ibu negara, Selangor, Negeri Sembilan, Perak termasuk Pahang.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.