Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Daim ‘syukur’, ‘gembira’ dipecat UMNO

Media tempatan melaporkan Daim berkata beliau ‘gembira’ dan ‘bersyukur’ dengan pemecatannya dari UMNO.

Anggaran Waktu Membaca:
Daim ‘syukur’, ‘gembira’ dipecat UMNO

Tun Daim Zainuddin. (Gambar: Liew Chin Tong/Facebook)

Diterbitkan : 07 May 2018 09:48AM Dikemas Kini : 07 May 2018 09:51AM

MUAR: “Alhamdulillah.”

Itulah respons mantan menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin di Muar ketika ditanya berhubung pemecatannya sebagai anggota UMNO semalam (6 Mei), menurut laporan Sinar Harian.

"Daripada dulu memang dah bersimpang siur. Tapi bila Tian Chua yang merupakan penyandang parlimen Batu tak dibenarkan bertanding dan calon PKR Rantau (Dr S Steram) tak dibenarkan masuk, saya rasa dah cukuplah.

"Saya tak boleh terima keadaan ni, ia dah peluang terakhir.

“Sebelum ini memanglah ada silap, tapi bila isu 1MDB kita beri nasihat tak nak dengar dan macam-macam lagi kita tegur tak diendahkan, kita rasa sudah sampailah masanya," beliau dipetik sebagai berkata oleh Sinar Harian.

Selain Tun Daim, UMNO turut memecat mantan ketua wanitanya Tan Sri Rafidah Aziz yang berkempen untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Tan Sri Rais Yatim bagaimanapun hanya disiasat, buat masa ini.

Sementara itu, media tempatan juga melaporkan Daim berkata beliau ‘gembira’ dan ‘bersyukur’ dengan pemecatan itu.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan