'Dah lama kami terputus hubungan' - Bapa saudara Rosmah Mansor
"Dah lama kami terputus hubungan.”
Mantan Perdana Menteri Najib Razak bersama isterinya Rosmah Mansor. (Gambar: Reuters)
REMBAU: "Dah lama kami terputus hubungan.”
Itulah luahan satu-satunya bapa saudara Datin Seri Rosmah Mansor, Encik Mustafa Katas, 85, yang masih tinggal dan menetap di Kampung Tanah Datar, Chengkau ketika ditemui Sinar Harian, hari ini (20 Mei).
Encik Mustafa yang merupakan adik bongsu kepada Allahyarham Mansor bagaimanapun ketika ditemui sudah mengalami masalah ingatan atas faktor usia.
Beliau yang kini dijaga oleh isterinya, Cik Saodah Kassim, 79, berkata, sejak Datin Seri Rosmah menjadi wanita nombor satu negara selepas berkawhin dengan Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau sudah tidak lagi pulang serta menjenguk mereka sekeluarga di kampung.
"Tak kisahlah... pak cik tetap juga pergi keluar mengundi... kalau ada terjumpa Rosmah di mana-mana sebelum terputus hubungan tu, Rosmah ada juga hulurkan pak cik duit sedikit... sekarang dah tak pulang-pulang lagi... dah tak ada apa-apa lagi,” katanya.
Bagi Cik Saodah, walaupun tidak dikenalkan sebagai ibu saudara kepada Datuk Seri Najib semasa menghadiri majlis kenduri di rumah ibu bapa Datin Seri Rosmah di Gedung Lalang, Seremban suatu masa dahulu, berliau tetap rasa selesa dengan mantan perdana menteri itu berbanding isterinya, lapor Sinar Harian.
"Masa Rosmah berkahwin dengan suami pertamanya ada juga pulang ke kampung dan menjenguk kami beberapa kali. Lepas dah kahwin dengan Najib, langsung tak pernah datang lagi," katanya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.