Daerah Kebudayaan Hira tarikan utama pengunjung dan jemaah umrah
Anggaran Waktu Membaca:
RIYADH: Daerah Kebudayaan Hira merupakan tarikan utama pengunjung dan jemaah umrah pada bulan Ramadan ini.
Lebih sejuta pengunjung dari lebih 100 negara mengunjungi daerah tersebut, yang menawarkan pengalaman lebih bermakna mengenai sejarah dan budaya Islam.
Salah satu tarikan adalah Pameran Wahyu di kaki Gunung Hira. Pameran interaktif itu membawa pengunjung meneroka kisah penurunan Al-Quran dan Nabi Muhammad (SAW).
Menurut laporan Arab News, para pengunjung dapat meneroka pameran yang mempamerkan kepentingan sejarah Islam dan Makkah. Pameran tersebut menggunakan teknologi canggih untuk mempromosikan pengajaran.
Berikutan pembukaan semula Gua Hira, dan pembinaan laluan baharu, mercu tanda di Makkah itu menyaksikan peningkatan dalam jumlah pengunjung.
Daerah Kebudayaan Hira, dengan keluasan 67,000 meter persegi, adalah destinasi kebudayaan dan pelancongan yang unik dikendalikan oleh konsortium terdiri daripada Suruhanjaya Diraja bagi bandar Makkah dan tapak-tapak suci, Amiriah Wilayah Makkah, Kementerian Kebudayaan, Kementerian Pelancongan, Perbandaran Makkah, Program Pengalaman Haji, dan Pihak Berkuasa Am bagi Wakaf.
Keutamaan pelan pembangunan daerah tersebut adalah untuk menghormati kepentingan sejarah,
mencerminkan kedudukan Kerajaan Arab Saudi, dan memenuhi tanggungjawab sebagai penjaga dua masjid suci.
Projek itu berusaha untuk mewujudkan keharmonian antara keindahan alam semula jadi dan nilai sejarah lokasi, sambil mengakui kepentingan agama dan kemanusiaan Makkah.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.