Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Cybersecurity Malaysia, Jabatan Perlindungan Data Peribadi siasat kebocoran data 13 juta rakyat M'sia

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Cybersecurity Malaysia (CSM) dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) diminta menjalankan siasatan berhubung dakwaan kebocoran data maklumat membabitkan 13 juta rakyat Malaysia yang tersebar di media sosial pada pagi Jumaat (30 Dis).

Menteri Komunikasi dan Digital Malaysia, Fahmi Fadzil berkata kebocoran data berkenaan adalah serius melibatkan jumlah maklumat yang banyak.

“Saya akan minta CSM, JPDP siasat apakah benar berlaku kebocoran data melibatkan pihak-pihak berkenaan, serta mengambil tindakan berdasarkan undang-undang,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Jumaat.

Awal dari itu, beliau mengongsikan satu hantaran milik pengguna akaun Facebook dengan nama Pendakwah Teknologi yang mendakwa hampir 13 juta maklumat pengguna daripada Maybank, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Astro telah dibocorkan.

Berdasarkan hantaran itu, pada 25 Disember 2022 kira-kira pukul 7.56 malam, sebuah laman web telah menyenaraikan 3.5 juta maklumat pengguna Astro, 1.8 juta pengguna Maybank dan 7.2 juta pengguna SPR.

Maklumat yang dibocorkan dipercayai melibatkan nama pengguna, nama penuh pengguna, tarikh lahir, alamat serta nombor kad pengenalan.
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan