Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Cuti umum Aidilfitri di Indonesia diumumkan bermula 19 April

Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Pemerintah Indonesia mengumumkan permulaan cuti umum sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula 19 April dan berakhir pada 25 April.
Umat Islam di negara itu dijangka meraikan hari kebesaran umat Islam selepas sebulan berpuasa pada 22 April.

Menurut laporan Astro Awani, perubahan itu dibuat kerajaan pimpinan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) untuk memberi peluang kepada rakyat negara itu mengambil cuti lebih awal serta memudahkan pergerakan mereka balik kampung atau disebut mudik lebaran.

Dianggarkan seramai123 juta rakyat Indonesia akan pulang ke kampung halaman mereka tahun ini untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, dipetik daripada agensi berita Astro Awani.

Balik kampung atau mudik lebaran merupakan hal yang sangat penting untuk rakyat Indonesia khususnya buat mereka yang berhijrah ke kota-kota besar untuk mencari rezeki.

Ini kerana, sebilangan besar daripada perantau hanya berkemampuan pulang ke kampung halaman untuk bertemu keluarga sekali setahun iaitu pada Hari Raya Aidilfitri.

Setiap tahun juga, jutaan manusia akan mudik lebaran sama ada menggunakan pengangkutan awam atau kenderaan sendiri.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan