Cuti tambahan 6 hari jika berhenti merokok
Usaha untuk berhenti merokok bukanlah sesuatu yang mudah. Tetapi, bagaimana pula jika syarikat anda menawarkan insentif untuk membakar semangat anda untuk berhenti berokok?
(Gambar fail: AFP)
JEPUN: Usaha untuk berhenti merokok bukanlah sesuatu yang mudah. Tetapi, bagaimana pula jika syarikat anda menawarkan insentif untuk membakar semangat anda untuk berhenti berokok?
Itulah yang dilakukan oleh sebuah syarikat di Jepun. Menurut Kyodo News, syarikat pemasaran itu akan memberi kakitangannya tambahan enam hari cuti setiap tahun sekiranya mereka berhasil dalam 'misi' mereka.
Syarikat Piala Inc itu percaya bahawa pendekatan ini lebih berkesan daripada denda atau hukuman ke atas kesalahan merokok yang seolah-olah memaksa mereka untuk berhenti merokok.
Dengan lebih banyak hari cuti yang diberikan juga, syarikat itu percaya bahawa ia memberi lebih banyak penekanan kepada mutu kehidupan yang akan membawa perubahan kepada kehidupan kakitangannya.
Ini kemudian boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi bagi kakitangan lain untuk mengikut jejak yang sama.
"Saya berharap mampu membakar semangat para pekerja kami untuk berhenti merokok melalui insentif yang ditawarkan, tanpa sebarang paksaan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Takao Asuka kepada Kyodo News.
Menurut Telegraph, program baru ini berjaya mendorong empat karyawan berhenti daripada kebiasaan tersebut.
Beberapa syarikat juga sedang cuba menawarkan insentif kepada kakitangan mereka yang tidak merokok ketika waktu makan. Sesetengah syarikat pula melarang pekerjanya supaya jangan merokok pada waktu kerja.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.