Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Cuti Sabtu, Ahad tak perlu jadi isu politik, kata Menteri Besar Johor

Titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, mengenai pertukaran cuti hujung minggu negeri itu kepada Sabtu dan Ahad, tidak perlu dijadikan bahan politik.

Anggaran Waktu Membaca:
Cuti Sabtu, Ahad tak perlu jadi isu politik, kata Menteri Besar Johor

Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi. (Gambar fail: Bernama)

JOHOR BAHRU: Titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, mengenai pertukaran cuti hujung minggu negeri itu kepada Sabtu dan Ahad, tidak perlu dijadikan bahan politik.

Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi berkata, titah pertukaran cuti hujung minggu itu merupakan keputusan yang terbaik untuk rakyat dan negeri tersebut secara keseluruhannya, lapor Astro AWANI.

Beliau berkata, keputusan itu turut mendapat pandangan daripada Mufti Besar Negeri dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor.

Katanya lagi, berdasarkan pendapat dari sudut agama, kedua-dua mereka berpandangan martabat Islam tidak berkurangan apabila Johor tidak lagi bercuti pada Jumaat mulai Januari 2025.

Mengulas lanjut, Encik Onn Hafiz, berkata pihaknya yakin keputusan pertukaran cuti hujung minggu itu bakal memberikan manfaat kepada seluruh bangsa Johor.

Jelasnya, mereka akan mendapat lebih masa berkualiti bersama ahli keluarga tersayang selain memudahkan lagi perancangan aktiviti pada hujung minggu.

“Insya-Allah, tanpa mengetepikan kepentingan urusan solat Jumaat, kerajaan negeri yakin keputusan ini bakal memberi manfaat dan saya berharap agar tidak ada lagi mana-mana pihak membuat sebarang spekulasi, kenyataan dan menjadikan ia bahan politik yang boleh mengeruhkan keadaan sehingga menjejaskan keharmonian negeri Johor,” katanya kepada Astro AWANI.

Sebelum ini, Tunku Mahkota Ismail dilaporkan bertitah, cuti hujung minggu di Johor yang ditukar semula kepada Sabtu dan Ahad adalah kehendak rakyat negeri itu untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga dan anak-anak.

Penukaran cuti hujung minggu itu juga bakal membawa kesan ekonomi yang positif, seiring dengan pelaksanaan projek pembangunan yang memberi manfaat di Johor.

"Jika ada pihak yang kurang senang atau tidak berpuas hati demi agenda peribadi, nak melaga-lagakan rakyat atau kepentingan politik, anda dipersilakan pindah ke negeri-negeri yang masih bercuti Jumaat dan Sabtu," titah Tunku Mahkota Ismail di akaun Facebook pada Khamis (10 Okt).

Isnin lalu, Tunku Mahkota Ismail bertitah, penyelarasan semula cuti hujung minggu itu juga mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan pandangan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAlNJ).
Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan