Cuti hujung minggu Johor masih dikaji
Kerajaan Negeri Johor masih mengkaji penyelarasan semula cuti hujung minggu yang ketika ini ditetapkan pada Jumaat dan Sabtu
Anggaran Waktu Membaca:

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Negeri Johor masih mengkaji penyelarasan semula cuti hujung minggu yang ketika ini ditetapkan pada Jumaat dan Sabtu.
Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi berkata keputusan mengenai penyelarasan itu tidak boleh dibuat secara melulu memandangkan ia melibatkan pelbagai pihak berkepentingan serta perlu mendapat kelulusan daripada Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Beliau berkata penyelarasan semula cuti hujung minggu itu juga sudah menjadi buah mulut rakyat di negeri Johor, dengan pelbagai cadangan telahpun diterima.
“Pelbagai cadangan telah diberikan. Ada yang mahu ia kekal hari Jumaat dan Sabtu supaya mudah pergi solat, ada yang mahu ia diubah ke Sabtu dan Ahad supaya selari dengan Persekutuan.
“Ada yang mahu masa rehat hari Jumaat yang lebih panjang, ada yang mahu cuti dua hari setengah malah ada yang mahu cuti tiga hari seminggu. Semua pandangan dan cadangan ini saya terima dengan baik. Namun, perkara ini masih lagi dalam peringkat kajian dan ia melibatkan pelbagai pihak berkepentingan,” katanya ketika menggulung perbahasan di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Bangunan Sultan Ismail di Iskandar Puteri hari ini (26 Jun).
Beliau berkata penyelarasan perlu dibuat agar ibu bapa, terutama yang bekerja di sektor swasta, dapat meluangkan masa bersama anak-anak mereka.
“Ramai ibu bapa yang bekerja di sektor swasta terutamanya hanya dapat meluangkan masa selama satu hari sahaja dengan anak-anak mereka pada cuti hari minggu disebabkan perbezaaan hari cuti sejak 2014.
“Penyelarasan perlu dibuat agar ibu bapa boleh meluangkan lebih masa bersama keluarga tercinta,” katanya lagi.
Pada 14 Jun lalu, Encik Onn Hafiz berkata kerajaan negeri akan mengkaji semula pelaksanaan cuti hujung minggu dan menjelaskan keputusan mengenai perkara itu akan diumumkan setelah pihaknya mempunyai kaedah tuntas.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.