Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Curi kabel punca pusat pentadbiran Sabah, Menara Kinabalu alami gangguan elektrik

Anggaran Waktu Membaca:
KOTA KINABALU: Gangguan bekalan elektrik yang berlaku di Menara Kinabalu bermula Ahad lalu (2 Apr) berpunca daripada cubaan pihak tidak bertanggungjawab mencuri kabel milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) ke bangunan pusat pentadbiran negeri itu.

Menurut Pengurus Besar Kanan Pengurusan Aset SESB, Idris Mohd Noor, kejadian yang turut menjejaskan beberapa kawasan di Likas dan Alamesra itu telah diambil tindakan pada hari yang sama.

"Hasil siasatan oleh pasukan teknikal SESB mendapati kerosakan ke atas talian 33kV itu disebabkan cubaan memotong dan mencuri kabel tersebut oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Kami dapati terdapat kesan potongan dan terbakar yang bertujuan untuk mencuri kabel milik SESB dan kejadian itu telah menjejaskan bekalan ke beberapa kawasan di Alam Mesra, Likas dan Menara Kinabalu.

"Kerja-kerja pemulihan bekalan telah dilaksanakan secara berperingkat,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu (5 Apr), lapor Astro Awani.

Beliau berkata, selepas tindakan pihaknya, kesemua kawasan terjejas kembali menerima bekalan elektrik seperti biasa sebelum gangguan sama sekali lagi berlaku di Menara Kinabalu pada Selasa (4 Apr).

Bertindak atas masalah tersebut, Encik Idris berkata pihaknya telah menempatkan enam janakuasa mudah alih untuk menampung keperluan bekalan elektrik ke bangunan berkenaan.

"Bekalan ke Menara Kinabalu masih terjejas apabila berlaku kerosakan kabel sekali lagi pada lewat Selasa malam.

"Kerosakan kedua ini disyaki disebabkan kerja-kerja penimbusan tanah di laluan utama kabel bawah tanah. Kerja-kerja pemulihan bekalan sedang giat dilaksanakan.

"SESB menempatkan enam buah janakuasa mudah ahli di kawasan Menara Kinabalu untuk menampung keperluan bekalan elektrik ke bangunan itu," katanya, dipetik daripada agensi berita Astro Awani.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan