Cuma 10 minit saja untuk ziarah Al-Rawdah Al-Sharif
MADINAH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengesahkan bahawa tempoh yang dibenarkan untuk berada di kawasan Al-Rawdah Al-Sharif di Masjid Nabawi di Madinah adalah selama 10 minit saja, lapor Saudi Gazette.
Kementerian tersebut turut mendedahkan bahawa para jemaah yang ingin memasuki Al-Rawdah Al-Sharif dikehendaki memohon permit menerusi aplikasi Tawakkalna atau Eatamarna.
Jurucakap Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, Hisham Saeed, sebelum ini ada mengatakan bahawa lebih 70 juta permit dikeluarkan sewaktu musim 1443AH untuk jemaah menunaikan Umrah di Masjidil Haram dan mendirikan solat di Al-Rawdah Al-Sharif.
Bagi mereka yang ingin mengerjakan Umrah atau bersolat di Al-Rawdah Al-Sharif, tanpa mengira sama ada mereka adalah rakyat tempatan atau penduduk Saudi, rakyat negara Teluk atau mereka yang memegang pelbagai jenis visa, kini boleh memohon permit dan memilih waktu yang sesuai untuk melakukan Umrah, lapor Saudi Gazette.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.