Cukup diberi tawaran sekali sahaja, terserah Khairy Jamaluddin buat keputusan, kata Setiausaha Agung PN
Anggaran Waktu Membaca:
KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) masih terbuka untuk menerima sebarang keputusan daripada Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhubung tawaran menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan peluang terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
Setiausaha Agung PN Hamzah Zainudin berpandangan tawaran berkenaan cukup dibuat sekali sahaja kepada mantan Ahli Parlimen Rembau itu.
“Kalau dia (Khairy) main tarik tali tak apa, pada saya apabila presiden (Muhyiddin Yassin) cakap sekali sahaja, kemudian cukup.
“Sama ada dia terima atau tidak, itu terpulang kepada dia,” katanya kepada wartawan selepas berucap di Himpunan Pakat Pertahan dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya PN Negeri Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV pada Sabtu (24 Jun), seperti dipetil agensi berita Sinar Harian.
Sebelum ini, Encik Muhyiddin mengakui menawarkan jawatan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu kepada Encik Khairy, jika beliau mahu menyertai parti itu.
Encik Muhyiddin mendedahkan tawaran berkenaan dikemukakan kepada Encik Khairy selepas mantan Menteri Kesihatan itu dipecat daripada UMNO pada Januari lalu.
Media kemudian melaporkan Encik Khairy seolah-olah memberi gambaran menolak tawaran itu semasa pertemuannya dengan Encik Muhyiddin pada Isnin lalu.
Beliau bagaimanapun berkata akan mempertimbangkan semula tawaran tersebut atas permintaan Encik Muhyiddin, menurut laporan Sinar Harian.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.