Cukai dikenakan hanya perlu, tidak jadi beban kepada rakyat: PM Anwar
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Dasar percukaian Malaysia perlu berdasarkan dua prinsip asas, iaitu mengenakan cukai apabila ia benar-benar perlu dan ia tidak dianggap sebagai beban kepada pembayar cukai, kata Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim.
“Niat kami, sudah tentu, untuk menggalakkan mereka menjadi lebih produktif dan menyumbang kepada negara,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Persidangan Percukaian Kebangsaan 2023 selama dua hari bermula Selasa (1 Ogos).
PM Anwar, yang juga menteri kewangan berkata kerajaan juga perlu memastikan cukai yang dikutip dibelanjakan dengan bijak tanpa ketirisan.
Menurut beliau, percukaian itu perlu, tetapi kerajaan tidak seharusnya mengenakan cukai secara berlebihan dan membebankan rakyat.
“Perubahan yang perlu kita lakukan, termasuklah dalam belanjawan yang akan datang (Belanjawan 2024 yang dijadualkan akan dibentangkan pada 13 Okt), akan dirangka dengan jelas berdasarkan prinsip ‘mengenakan cukai apabila perlu dan tidak dilihat sebagai beban kepada rakyat dan komuniti perniagaan’,” katanya.
Encik Anwar berkata pelabur asing dan domestik akan melihatnya sebagai peluang dalam perusahaan perniagaan.
“Ini bukan sahaja sebagai ganjaran kepada mereka tetapi pada masa yang sama, memupuk semangat kekitaan atau rasa tanggungjawab terhadap mereka yang sejajar dengan konsep Madani,” katanya sambil menambah malah, mereka yang memerlukan dan terpinggir akan dapat bersaing dan bertahan.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.