Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Cubaan letup, rompak mesin ATM gagal

Sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Wisma Unikeb di Bangi, Selangor diletupkan, dipercayai dilakukan oleh dua lelaki bertopeng yang cuba meyamun wang daripada mesin itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Cubaan letup, rompak mesin ATM gagal

Mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Wisma Unikeb di Bangi, Selangor yang diletupkan.(Gambar: Info Roadblock JPJ/POLIS/Facebook)

Diterbitkan : 10 May 2019 08:58AM Dikemas Kini : 10 May 2019 09:02AM

BANGI: Sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Wisma Unikeb di Bangi, Selangor diletupkan, dipercayai dilakukan oleh dua lelaki bertopeng yang cuba meyamun wang daripada mesin itu.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP, Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada sekitar 8.00 malam Khamis (9 Mei).

"Hasil siasatan awal mendapati suspek dipercayai dua lelaki yang datang menaiki kereta, yang cuba memecahkan mesin ATM dengan bahan letupan. Namun, kami masih mengenal pasti jenis bahan letupan yang digunakan," katanya ketika ditemui para wartawan di tempat kejadian.

Bagaimanapun menurut beliau, suspek gagal melarikan peti wang mesin ATM itu selepas dua kali cuba melakukan letupan pada pukul 7.53 malam.

Sehubungan itu, polis sedang mengesan suspek bertopeng yang dipercayai meletupkan mesin ATM itu dan sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan suspek.

Siasatan turut dijalankan unit pemusnah bom, katanya.

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan