Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Cubaan guling pemerintah Turki: Paderi AS boleh dipenjara 35 tahun

Pihak berkuasa Turki akan terus menahan seorang paderi rakyat Amerika Syarikat yang dituduh terbabit dalam percubaan hendak menggulingkan pemerintah Ankara hampir dua tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Cubaan guling pemerintah Turki: Paderi AS boleh dipenjara 35 tahun
Diterbitkan : 17 Apr 2018 05:52PM Dikemas Kini : 17 Apr 2018 06:11PM

ALIAGA: Pihak berkuasa Turki akan terus menahan seorang paderi rakyat Amerika Syarikat yang dituduh terbabit dalam percubaan hendak menggulingkan pemerintah Ankara hampir dua tahun lalu.

Hakim membuat keputusan itu kerana bimbang paderi tersebut mungkin melarikan diri jika dibebaskan daripada tahanan.

Paderi Andrew Craig Brunson yang mengendalikan sebuah gereja di bandar Izmir ditangkap pada Oktober 2016.

Dia, antara lain, dituduh melakukan kegiatan bagi pihak kumpulan yang diketuai Fethullah Gulen, ulama Turki yang hidup dalam buangan di Amerika.

Pemerintah Turki menuduh Encik Gulen menjadi dalang percubaan rampasan kuasa tentera dua tahun lalu.

Perbicaraan kes itu akan disambung pada 7 hari bulan depan.

Jika didapati bersalah Paderi Brunson boleh dipenjara sehingga 35 tahun.

Sumber : Agensi berita/MU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan