Cuba elak kebakaran, 2 maut dalam tandas
Dua lelaki terkorban dalam satu kejadian kebakaran di sebuah rumah di Rejang Park, Sibu, Sarawak awal pagi ini (11 Nov).
SIBU: Dua lelaki terkorban dalam satu kejadian kebakaran di sebuah rumah di Rejang Park, Sibu, Sarawak awal pagi ini (11 Nov).
Astro Awani melaporkan kedua-dua mangsa berada di dalam tandas, dipercayai cuba menyelamatkan diri daripada api yang marak.
Mereka meninggal dunia akibat masalah bernafas.
Pemangku Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 2.00 pagi.
Astro Awani memetik beliau sebagai berkata: "Setibanya di lokasi, pasukan mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah yang dijadikan bengkel untuk menyimpan alat ganti kenderaan."
"Rumah tersebut daripada jenis kekal setingkat, musnah terbakar sepenuhnya. Manakala rumah kedua, jenis kekal dua tingkat, terjejas 10 peratus," tambah beliau.
Menurut Encik Tiong, tiga jentera dan dua ambulans berserta 22 anggota dikerahkan ke tempat kejadian.
"Pasukan kami kemudian melakukan pencarian agresif setelah mendapat maklumat orang awam yang mengatakan ada mangsa yang terperangkap.
"Pada jam 2.46 pagi, pasukan menemui dua mangsa lelaki di dalam bilik tandas, dalam keadaan sempurna namun tidak bernyawa."
Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik di tempat kejadian.
Siasatan ke atas punca kebakaran sedang disiasat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.