Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Cuaca tidak menentu bagi banyak kawasan Saudi hingga 17 Feb

Anggaran Waktu Membaca:

JEDDAH: Pusat Kaji Cuaca Nasional (NCM) Arab Saudi meramalkan sebahagian besar kawasan di Arab Saudi akan menyaksikan naik turun suhu mulai Isnin (13 Feb) sehingga Jumaat (17 Feb). 

Hujan renyai diramal akan melanda beberapa bandar di kawasan Tabuk, Sempadan Utara, Al-Jouf, Hail, Al-Qassim, Riyadh, Madinah dan Wilayah Timur dari Isnin hingga Rabu (15 Feb), lapor Saudi Gazette. 

Angin yang bertiup dekat permukaan bumi, yang diiringi dengan debu, pada kelakuan lebih 55 kilometer sejam, dijangka akan membadai kawasan-kawasan di wilayah Riyadh, Makkah, Madinah, Al-Jouf, Tabuk, Sempada Utara, Hail, Al-Qassim dan Wilayah Timur mulai Selasa (14 Feb) hingga Jumaat (17 Feb). 

Menurut ramalan NCM, suhu akan terus menjunam kepada antara sifar hingga 4 darjah Selsius, selain pembentukan hablur ais di kawasan-kawasan di Tabuk, Al-Jouf, Sempadan utara, Hail dan bahagian utara Madinah antara Isnin hingga Jumaat.

Suhu diramal akan jatuh kepada 4 hingga 9 darjah Selsius di Al-Qassim, Riyadh dan bahagian utara Wilayah Timur antara Isnin hingga Jumaat. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan