Skip to main content

Dunia

Cuaca sejuk dijangka terus cengkam Arab Saudi

Anggaran Waktu Membaca:
Cuaca sejuk dijangka terus cengkam Arab Saudi

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 01 Feb 2022 05:03PM

RIYADH: Kesan gelombang sejuk kelima yang melanda Arab Saudi pada Isnin (31 Jan) dijangka akan berlarutan sehingga Rabu (2 Feb), menurut Hussein Al-Qahtani, jurucakap Pusat Kaji Cuaca Arab Saudi (NCM). 

Suhu paling rendah yang akan dicatatkan sepanjang tempoh tersebut adalah 2 darjah Selsius di bawah sifar dan cuaca ekstrem itu akan dirasakan di wilayah-wilayah utara dan juga wilayah Hail, menurut Al-Qahtani, seperti dipetik oleh Saudi Gazette. 

Semasa menghadiri rancangan YaHala di stesen televisyen Rotana Khaleejia, Al-Qahtani turut menarik perhatian bahawa musim sejuk, yang berterusan selama lebih 50 hari, dijangka akan berakhir pada 20 Mac. 

Beliau juga mengatakan bahawa sebahagian besar gelombang sejuk yang melanda negara itu adalah dari negara-negara di utara Saudi seperti Jordan, Syria, Lubnan dan Turki melalui jisim udara sejuk dan salji. 

"Cuaca di Saudi tidak boleh dibandingkan dengan apa yang melanda negara-negara tersebut dari segi penurunan ketara pada suhu dan gelombang sejuk yang kuat dan meluas," dedah beliau selanjutnya kepada Saudi Gazette.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita