Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Cuaca sejuk di Saudi akan berterusan

Anggaran Waktu Membaca:

ARAB SAUDI: Beberapa bandar di Arab Saudi mencatatkan suhu paling rendah yang tidak pernah dicatatkan sebelum ini. Ada bandar yang mencatatkan suhu tiga darjah Selsius di bawah paras sifar, manakala enam bandar di utara Saudi pula diselaputi salji.

Bandar Turaif di kawasan utara sempadan wilayah Saudi dengan Jordan, melaporkan suhu enam darjah di bawah sifar, iaitu suhu yang rendah yang pernah dicatatkan sejak 30 tahun lalu. Suhu di bandar Qurayyat yang juga berdekatan dengan sempadan tersebut menjunam kepada dua darjah Selsius di bawah paras sifar. 

Ibu kota Saudi di Riyadh juga dijangka mencapai suhu rekod tiga darjah Selsius di bawah sifar, hujung minggu ini. 

Suhu rendah itu tidak menghalang umat Islam di Riyadh daripada menuju ke masjid untuk mendirikan solat Jumaat. Namun, dengan mengambil langkah-langkah sewajarnya. Ruang-ruang di luar beberapa kafe kosong kerana para pelanggan lebih selesa duduk di dalam berdekatan dengan alat pemanas. 

Jisim udara amat sejuk dari Siberia sedang menyelimuti Arab Saudi dan cuaca sejuk dijangka berterusan sehingga hujung minggu ini.

Sumber : Agensi berita/AA/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan