Cuaca panas melampau ragut lebih 100 nyawa di Mexico
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Ulises Ruiz)
MEXICO CITY: Lebih 100 individu maut akibat cuaca panas melampau di Mexico pada Jun, menurut pemerintah negara itu.
Ia berikutan beberapa gelombang panas yang berlaku di negara Amerika Latin itu.
Para saintis berkata pemanasan global memburukkan lagi cuaca, dengan sejumlah negara mengalami suhu yang memecah paras rekod.
Lebih 1,000 kecemasan berkaitan haba dilaporkan di Mexico antara 12 dan 25 Jun, di mana 104 nyawa terkorban, menurut Kementerian Kesihatan Mexico yang dikeluarkan pada Rabu (28 Jun).
Pihak berkuasa negara itu sudah melaporkan lapan kematian antara 14 April dan 31 Mei, yang membawa angka korban kepada 112
Punca utama kematian tersebut adalah strok haba, diikuti dengan dehidrasi, tambah kementerian kesihatan itu.
Wilayah utara Mexico melaporkan kematian paling banyak, dengan 64 kematian dicatat di wilayah timur laut Nuevo Leon dan 19 lagi di wilayah jiran, Tamaulipas, yang terletak dinsempadan wilayah Texas, Amerika Syarikat, yang juga dilanda cuaca panas yang melampau.
Di Mexico, suhu maksimum pada 49 darjah Celsius dicatat minggu ini di wilayah barat laut Sonora, menurut kementerian kesihatan Mexico.
Suhu maksimum purata di Mexico ketika musim panas naik turun antara 30 dengan 45 darjah Celsius, tambah kementerian itu.
Pihak berkuasa Mexico memberi amaran bahawa satu lagi gelombang haba mungkin menjejas negara yang mempunyai 127 penduduk itu mulai 1 Julai.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.