Cuaca panas melampau berterusan merata Asia Selatan, Asia Tenggara
Anggaran Waktu Membaca:
BANGLADESH: Berjuta-juta orang di Asia Selatan dan Asia Tenggara mengalami cuaca panas terik pada Jumaat (26 Apr).
Cuaca panas tersebut memaksa sekolah-sekolah di Bangladesh ditutup, manakala Filipina menggantung kelas fizikal pada minggu ini dan menyebabkan pemerintah mengeluarkan amaran mengenai suhu tinggi itu.

BACA:
Pada Khamis (25 Apr), Thailand mengeluarkan amaran baharu selepas indeks haba di Bangkok mencecah 52 darjah Celsius. Kerajaan Thailand menyatakan 30 individu terkorban tahun ini akibat strok haba.
Penyelidikan saintifik mendapati perubahan iklim menyebabkan gelombang haba berlaku lebih lama, lebih kerap dan lebih dahsyat.
Minggu ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan bahawa Asia adalah rantau paling teruk terjejas oleh bahaya akibat iklim dan cuaca pada 2023, dengan banjir dan ribut menjadi punca kematian dan kerugian ekonomi.
Suhu di merata Bangladesh melebihi 42 darjah Celsius sepanjang minggu.
Ribuan warga Bangladesh berkumpul di masjid dan padang untuk mendirikan solat meminta hujan, dengan peramal cuaca menjangkakan cuaca tersebut berterusan sehingga hujung minggu ini.
Berjuta-juta pelajar diarahkan berada di rumah minggu ini, sedang negara itu berdepan gelombang haba paling teruk. Suhu ketika ini naik empat hingga lima darjah Celsius melebihi purata suhu biasa.
Pihak berkuasa Bangladesh menjangkakan untuk membuka semula sekolah pada 28 April, sebelum suhu diramal turun.
Fenomena cuaca melampau itu mencetuskan penularan cirit-birit di selatan negara tersebut, disebabkan suhu lebih tinggi yang meningkatkan kadar garam dalam sumber air tempatan.
PILIHAN RAYA INDIA
Meskipun gelombang haba melanda India, pilihan raya yang berlangsung selama enam minggu di negara itu bersambung pada Jumaat (26 Apr), dengan jutaan orang beratur di pusat pengundian di beberapa wilayah.
Perdana Menteri India Narendra Modi dijangka menang pilihan raya kali ini yang akan berakhir pada Jun, untuk berkhidmat buat penggal ketiga.
Biro cuaca India menyatakan pada Khamis (25 Apr) bahawa gelombang haba akan berterusan di beberapa wilayah pada hujung minggu ini.
Ini termasuk Bihar, timur negara itu, di mana lima kawasan akan mengundi pada Jumaat. Suhu di kawasan tersebut naik 5.1 darjah Celsius, yang dicatat minggu ini, berbanding suhu purata musiman.
Karnataka, di selatan, dan beberapa bahagian Uttar Pradesh, wilayah paling ramai penduduk di India dan kawasan utama penganut Hindu, juga dijadual mengundi sambil berdepan gelombang haba.
Awal minggu ini, suruhanjaya pilihan raya India menyatakan ia membentuk pasukan bertindak, untuk mengkaji kesan gelombang haba dan kelembapan sebelum setiap pusingan pengundian.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.