Skip to main content

Dunia

Cuaca panas: Masjid, surau di M'sia diminta lakukan solat hajat

Anggaran Waktu Membaca:
Cuaca panas: Masjid, surau di M'sia diminta lakukan solat hajat

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Malaysia Mohd Na'im Mokhtar. (Gambar: BERNAMA)

KUALA LUMPUR: Masjid dan surau di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diminta melaksanakan solat hajat pada Khamis (1 Jun) bagi memohon kesejahteraan buat negara dan masyarakat berikut keadaan cuaca panas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na'im Mokhtar dalam kenyataannya pada Rabu (31 Mei) berkata, masjid dan surau di bawah dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) turut diminta berbuat perkara sama.

“Negara sedang berhadapan dengan keadaan cuaca panas dan kering yang memberikan kesan kepada kehidupan masyarakat dalam urusan seharian. Sehubungan dengan itu, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk terus berdoa supaya cuaca kembali berada dalam keadaan baik.

“Saya telah meminta masjid-masjid di bawah seliaan JAKIM iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, untuk melaksanakan solat hajat pada 1 Jun,”  katanya.

Jabatan Metrologi sebelum ini menjangkakan Malaysia akan mengalami cuaca panas dan kering berpanjangan sehingga Ogos, susuli peralihan monsun.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita