Cuaca panas, jerebu dan ribut petir dijangka landa M'sia dalam 2 minggu
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail: Bernama
KUALA LUMPUR: Bagi tempoh seminggu hingga dua minggu akan datang, Malaysia akan mengalami cuaca panas dan ribut petir silih berganti. Ini memandangkan negara berada pada musim perantaraan monsun, lapor Astro Awani.
Zamil Akademi Sains Malaysia, Fredolin Tajudin Tangang berkata situasi tersebut akan menyaksikan cuaca panas kering sehingga meningkatkan risiko kebakaran berlaku di kawasan tanah gambut.
Pada masa yang sama, cuaca juga boleh berubah kepada ribut petir yang berisiko mengakibatkan banjir kilat, khususnya di kawasan bandar.
“Kita harus ambil maklum, jika berlaku kebakaran hutan terutamanya tanah gambut, ia sukar untuk dipadamkan. Dan ia pasti menyebabkan jerebu yang mendatangkan masalah lain. Kalau boleh, kita tidak mahu jerebu yang berbulan-bulan kerana ia akan mendatangkan masalah kesihatan dan sebagainya.
“(Selain itu) Musim perantaraan monsun ini boleh berlaku ribut petir pada sebelah petang dan lewat petang. Ini boleh menyebabkan banjir kilat terutama di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur,” katanya dalam program Agenda Awani.
Encik Fredolin menjangkakan sepanjang bulan April dan Mei ini, Malaysia berdepan dengan kemungkinan fenomena ribut petir yang tinggi.
Oleh itu, beliau menekankan pentingnya orang ramai mengambil iktibar dan bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan akibat cuaca buruk tersebut.
Menurut laporan Astro Awani, beliau berkata pemantauan berterusan perlu dilakukan di kawasan hutan dan semak kering bagi mengelakkan kebakaran.
Memastikan sistem perparitan yang baik pula adalah langkah persediaan menampung curahan hujan lebat bagi mengelakkan banjir kilat.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.