Cuaca panas hasilkan lebih banyak tanaman berkualiti di M'sia
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Astro Awani)
SHAH ALAM: Tidak semua pertanian di Malaysia terkesan dengan cuaca panas yang melanda negara itu, contohnya seperti penanaman sayur-sayuran.
Menurut Setiausaha Agung Persekutuan Persatuan-Persatuan Pekebun Sayur Malaysia, Chay Ee Mong, cuaca panas memberi impak positif kepada penanaman sayur-sayuran kerana keadaan itu menyebabkan hasil pengeluaran lebih banyak dan berkualiti tinggi.
“Sebagai petani yang menanam sayur-sayuran, kami tidak mengalami sebarang kemerosotan hasil tanaman disebabkan oleh cuaca panas."
“Sebenarnya dalam sektor pertanian cuaca itu (panas) adalah baik untuk pertanian selagi tanaman memperoleh air yang mencukupi,” katanya kepada Sinar Harian.
Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan cuaca panas yang melanda negara itu ketika ini dijangka berlanjutan sehingga Ogos ekoran perubahan kitaran musim kepada Monsun Barat Daya.
Dalam pada itu, Encik Ee Mong menjelaskan pihaknya tidak mengalami masalah kemerosotan hasil tanaman sebaliknya berlaku lebihan sehingga ia terpaksa dibuang.
Bagaimanapun, beliau tidak menafikan sekiranya cuaca terlampau panas sehingga suhu mencecah 40 darjah Celsius, tidak dinafikan bahawa keadaan itu akan memberi kesan kepada pertanian, lapor Astro Awani.
Jelasnya, apabila cuaca terlampau panas, ia akan meningkatkan risiko serangan serangga perosak yang akan mengakibatkan tanaman tidak berkualiti dan hasil pengeluaran merosot.
Pada masa yang sama, Encik Ee Mong turut berkongsi, suhu ideal untuk bercucuk tanam adalah sekitar 35 darjah Celsius.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.