Cuaca panas, angin kencang diramal landa Tanah Suci pada musim Haji
Pusat Meteorologi Kebangsaan Arab Saudi meramalkan keadaan cuaca panas hingga sangat panas di kawasan Tanah Suci sepanjang musim Haji tahun ini, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Kawasan Masjidil Haram pada 7 Jun 2024. (Gambar: @HaramainInfo/X)
Suhu maksimum dijangka mencecah antara 40 hingga 47 darjah Celsius, manakala suhu minimum dijangka sekitar 27 hingga 32 darjah Celsius.
Kadar kelembapan pula dijangka antara 15 hingga 60 peratus.
Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Meteorologi Kebangsaan Arab Saudi, Dr Ayman Ghulam berkata angin semasa musim Haji dijangka bertiup dari arah utara ke barat laut dengan kelajuan antara 25–35 km/j.
Angin tersebut berpotensi membawa debu dan mengurangkan jarak penglihatan mendatar, terutamanya di kawasan terbuka dan lebuh raya.
Selain itu, terdapat kemungkinan berlaku ribut petir di kawasan tanah tinggi Taif, yang boleh menjejaskan kawasan tanah suci antara 8 hingga 13 Zulhijah.
Ribut berkenaan mungkin disertai dengan angin kencang yang boleh menyebabkan penyebaran debu dan pasir secara meluas.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.