Cuaca kering jejas lebih 115,000 penduduk di Sri Lanka
Lebih 115,000 penduduk di tujuh daerah di Sri Lanka terkesan akibat keadaan cuaca kering yang melanda berikutan fenomena cuaca El Nino, menurut Pusat Khidmat Bantuan Bencana Negara pada Sabtu (5 Sep), lapor Xinhua.
Dasar sungai yang kering di Kampung Galwela Yaya, daerah Ampara, Sri Lanka, pada 28 Ogos 2026. (Gambar: REUTERS/Priyanshu Singh)
- Lebih 115,000 penduduk di tujuh daerah Sri Lanka, termasuk Monaragala, terjejas akibat cuaca kering berpunca daripada El Nino.
- Pusat Khidmat Bantuan Bencana Negara melaporkan 113,354 penduduk daripada 34,608 keluarga menerima bekalan air minum.
- Monaragala paling teruk terjejas, diikuti Batticaloa, Badulla dan Ampara yang turut menerima bantuan air minum.
- Pihak berkuasa pengurusan bencana akan meneruskan operasi bantuan dan pengagihan air di kawasan terlibat.
Pusat berkenaan memaklumkan, seramai 115,534 orang sudah terjejas, dengan pihak berkuasa kini membekalkan air minum kepada 113,354 penduduk daripada 34,608 keluarga.
Monaragala merupakan daerah yang paling teruk terjejas, melibatkan 41,360 penduduk daripada 12,732 keluarga.
Pihak berkuasa turut menyalurkan bekalan air minum kepada 33,394 penduduk di Batticaloa, 20,418 di Badulla dan 11,995 di Ampara.
Menurut pihak berkuasa pengurusan bencana, operasi bantuan dan pengagihan air minum akan diteruskan di kawasan-kawasan terjejas.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.