Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Cuaca baik diramal bagi beberapa negeri pada sebelah pagi hari mengundi PRU15

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan cuaca baik pada sebelah pagi di beberapa negeri pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Sabtu (19 Nov).

MetMalaysia menerusi laman sesawangnya memaklumkan tiada hujan diramalkan pada sebelah pagi di Kuala Lumpur dan Perlis.

Cuaca di Putrajaya pula dijangka baik pada sebelah pagi dan petang, manakala Melaka dan Labuan diramal akan mengalami cuaca baik, waktu petang.

MetMalaysia turut meramalkan ribut petir dan hujan dijangka berlaku di kebanyakan negeri pada sebelah petang terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan, serta negeri-negeri di sebelah utara iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Bagi Sarawak, cuaca diramalkan baik pada sebelah pagi esok, namun hujan di beberapa kawasan pada sebelah petang.

Di Sabah, empat kawasan diramalkan mengalami hujan serta ribut petir pada waktu pagi dan petang iaitu di Papar, Kimanis, Beaufort dan Sipitang.

Suhu di seluruh negara diramal sekitar 23 darjah Selsius dan maksimum 33 darjah Selsius sepanjang hari pengundian pada Sabtu.
 
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan