Skip to main content

Dunia

Cuaca amat sejuk di bahagian Midwest Amerika kian berakhir, namun kini berdepan banjir pula

Keadaan cuaca yang terlalu sejuk di bahagian Midwest Amerika Syarikat mungkin sudah berakhir.

Anggaran Waktu Membaca:
Cuaca amat sejuk di bahagian Midwest Amerika kian berakhir, namun kini berdepan banjir pula

Jabatan kaji cuaca menyatakan bahawa suhu cuaca -29 darjah Selsius dicatatkan di Chicago pada 31 Januari 2019. (Gambar: Joshua Lott/AFP)

Diterbitkan : 02 Feb 2019 08:04PM Dikemas Kini : 02 Feb 2019 08:08PM

CHICAGO: Keadaan cuaca yang terlalu sejuk di bahagian Midwest Amerika Syarikat mungkin sudah berakhir.

Bagaimanapun, para penduduk di kawasan-kawasan rendah bimbang pula tentang kemungkinan berlaku banjir. Ini memandangkan aliran air sungai-sungai sebelum ini terhalang oleh bongkah-bongkah besar air batu yang terbentuk akibat cuaca terlalu sejuk baru-baru ini.

Air sungai yang terhalang itu dikhuatiri akan mengalir amat deras apabila air-air batu tersebut cair kerana cuaca kembali panas.

Setakat ini, berpuluh-puluh kematian dilaporkan berlaku akibat cuaca amat sejuk serta ribut salji yang melanda wilayah tersebut. Sebahagian besar kematian dilaporkan di Michigan, dengan gabenor wilayah itu mengatakan bahawa angka korban akibat keadaan cuaca berkenaan masih lagi dipastikan.

Sekolah-sekolah dan perniagaan-perniagaan di sebilangan wilayah di bahagian Midwest Amerika Syarikat masih ditutup.

Para penduduk juga dinasihati supaya berada di rumah manakala para pelancong pula terkandas akibat khidmat penerbangan dan kereta api yang digantung buat sementara waktu.

Jabatan kaji cuaca menyatakan bahawa suhu cuaca -29 darjah Selsius dicatatkan di Chicago pada pagi Khamis (31 Jan). Sebelum ini, suhu cuaca paling sejuk yang pernah dicatatkan adalah -33 darjah Selsius pada 20 Januari 1985.

Para pegawai dari beberapa wilayah turut memberi amaran bahawa cuaca buruk itu harus dianggap sebagai serius, dengan terdapat risiko berlakunya hipotermia dan luka beku hanya beberapa minit setelah seseorang terdedah kepada cuaca sejuk itu.  

Sumber : AFP/NU/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita