Skip to main content

Dunia

Croatia mula guna euro, sertai zon perjalanan bebas pasport EU

Anggaran Waktu Membaca:
Croatia mula guna euro, sertai zon perjalanan bebas pasport EU

Gambar: AFP/DENIS LOVROVIC

Diterbitkan : 01 Jan 2023 02:24PM
ZAGREB: Croatia mula menggunakan mata wang euro dan menyertai zon perjalanan bebas pasport Schengen pada Ahad (31 Dis), sekali gus menandakan peristiwa penting buat negara yang menyertai Kesatuan Eropah (EU) sedekad lalu.

Dengan beralih daripada kuna kepada euro bermula 2023, Croatia menjadi ahli ke-20 blok mata wang bersama, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Peserta terakhir blok itu ialah Lithuania iaitu pada 2015.

Croatia terpaksa memenuhi pelbagai peraturan tadbir urus fiskal dan ekonomi untuk menerima pakai mata wang tunggal.

Kadar pertukaran ditetapkan pada €1 hingga 7.5345 kuna dan terdapat tempoh peralihan sehingga 14 Jan, tetapi pembayaran masih boleh dibuat dalam kedua-dua mata wang. Kuna boleh ditukar secara percuma di bank-bank di Croatia sehingga hujung 2023.

Di bawah perjanjian Kesatuan Eropah (EU), semua negara anggota kecuali Denmark dikehendaki menyertai euro sebaik sahaja semua syarat dipenuhi, tetapi beberapa ahli seperti Sweden, Poland dan Hungary belum berbuat demikian. 

Kali terakhir Kawasan Schengen menambah ahlinya ialah pada 2011 dengan memasukkan Liechtenstein. Di bawah zon itu orang ramai secara amnya boleh merentasi sempadan tanpa perlu menunjukkan dokumen.
Sumber : Bernama/SU/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita